Saturday, February 20, 2010

Apa Itu Intenet

Nie nak cerita sikit pasal internet. hampir setiap hari melayari internet..kadang rasa bersyukur sangat ada internet ni sbb banyak urusan dah di permudah dgn internet. sambil2 tu boleh berhibur lagi tu.. tapi kalau anak kita tanya.."abah internet tu apa?.. hah apa nak jawab..
Jom kita tambah2 ilmu dan beberapa fakta berkenaan internet..

Apa itu internet?
Internet adalah gabungan rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia. Ia merupakan rangkaian terbesar didunia dan saiznya masih lagi berkembang. Bagaimanapun komputer-komputer yang dimaksudkan tadi cuma merupakan sebahagian sahaja dari takrifan konsep Internet, kerana apabila kita memperkatakan tentang Internet kita maksudkan juga kandungannya yang meliputi maklumat, masyarakatnya dan juga perisian yang digunakan.

Bagaimana Internet Bermula?
Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka mahukan satu rangkaian komputer strategik tentera dimana komputer-komputer utama yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung diantara satu sama lain walaupun sebahagian dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal yang dinamakan ARPAnet ini menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of Utah dimana keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'), iaitu tanpa ada penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian ini kemudian berkembang dengan banyak lagi universiti lain turut berhubung. Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila Yayasan Sains Kebangsaan Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan protokol yang sama dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan.

Siapa yang mengawal Internet ?
Tiada siapa atau badan tertinggi yang bertugas menjaga operasi harian Internet. Setiap rangkaian yang berhubung dengan Internet hendaklah ditadbirkan sendiri oleh pentadbir rangkaian tempatan mengikut etika dan nilai masing-masing. Peraturan-peraturan atau penunjuk dibuat secara konsenses dimana mereka yang mempunyai buah fikiran menghantar idenya kepada badan yang mengumpul 'request for comment ' yang kemudian mendapat maklum balas dari individu atau kumpulan lain sehingga menjadi piawai. Walaupun ketiadaan penguasa pusat beberapa pertubuhan yang dinamakan Kumpulan Teknikal Internet yang cuba mengadakan struktur asas Internet tanpa mengenakan banyak kawalan. Antara badan-badan terlibat ialah IETF ('Internet Engineering Task Force') menyelaras operasi, pengurusan dan evolusi Internet. IRTF ('Internet Research Task Force') mengkaji masalah jangka panjang dan isu teknikal yang mungkin akan dihadapi dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun. Badan utama dalam mengawasi IETF dn IRTF ialah IAB (Internet Architecture Board) yang antara lain mengkaji piawai Internet, mengurus penerbitan dokumen 'Request for Comment (RFC)' dan juga bertindak sebagai wakil masyarakat Internet di peringkat teknikal antarabangsa. Sebuah lagi badan sukarela yang memayongi badan-badan ini ialah 'Internet Society'.

So lepas ni kalau anak kita atau sesiapa je tanya Apa Itu Internet, harapnya kita dapat la memberi jawapan yang lebih ilmiah..

moga jumpa lagi...

selamat berhujung minggu..

No comments:

Post a Comment