Sunday, December 19, 2010

Tujuan dan Strategi Membina Website

1. TUJUAN MEMBINA WEBSITE.


· Memperkenalkan diri, syarikat, perniagaan atau organisasi.

· Meningkatkan Imej & Kredibiliti.

· Penjenamaan.

· Meningkatkan Jualan.

· Medium komunikasi .

· Promosi produk dan perkhidmatan.

· Mengekalkan pelanggan – khidmat lepas jualan, manual produk, dll.

· Medium PEMASARAN.

· Meningkatkan produktiviti – system database dan inventori.


2. STRATEGI MEMBINA WEBSITE.

· Beri maklumat tepat dan lengkap.

· Grafik cantik dan berkonsep – untuk branding.

· Mudah difahami – link tersusun, cara pembayaran, cara belian, cara pendaftaran dll.

· Cepat loading – Grafik di optimasi.

· Navigasi tersusun.

· Elakkan iklan atau link sampah.

· Elakkan Halaman yatim piatu - halaman yang tiada link untuk ke page utama atau page lain.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak



Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang dan nikmat hinggalah ke bulan yang penuh rahmat dan kemuliaan ini.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada sahabat-sahabat semua selamat menjalani ibadah puasa di Ramadan Al Mubarak ini..

Semoga ramadan ini lebih baik dari segi pengisiannya berbanding sebelum-sebelumnya.

SELAMAT BERAMAL, MENIMBA ILMU, MENINGKAT PRODUKTIVITI DAN EKONOMI!

Thursday, July 8, 2010

Formula Penting Bagaimana Nak Hasilkan Wang Dari Website Anda

Salam sejahtera...


Saya nak kongsi kepada anda formula sangat-sangat penting yang pelu ada pada website anda supaya Website Anda MENGHASILKAN WANG


WEBSITE = TRAFIK TINGGI = KUMPUL DATA PROSPEK = EMAIL CAMPAIGN DENGAN SISTEM AUTORESPONDER = $$$$$$ DUIT $$$$$$$


Cuba anda masuk kedalam alexa.com dan lihat website-website yang ramai pengunjungnya. Kenapa website itu ramai pengunjungnya? Satu hari berjuta orang masuk kesitu.


Lihat website yang paling tinggi rankingnya:
1. Google
2. Facebook
3. Yahoo
4. Youtube etc etc


Apakah sifat-sifat website ini yang menyebabkan ramai pelawatnya?


Adakah ianya cantik, penuh grafik, atau flash sana sini? Lihat macam google, simple sahaja. Yahoo pun sama.. Wikipedia pulak lagi la simple..Jika anda perhatikan betul-betul, sebenarnya kesemua website ini mempunyai 2 sifat utama yang menyebabkan web mereka sering dilawati:


1. Pertama PERCUMA
2. Kedua BERGUNA


Jika website anda mempunyai 2 sifat ini, saya yakin dengan sekelip mata website anda akan menjadi tumpuan ramai.


Jadi, perah otak anda untuk memberikan sesuatu yang berguna dan percuma berkaitan dengan produk anda. Contoh jika anda jual peralatan memancing secara online, buatkan satu ebook berkaitan dengan senarai kolam pancing berdekatan dengan kawasan anda. Dengan ini anda akan dapat lebih banyak lead dari trafik yang datang ke web anda..


Setelah anda mengumpul lead (email list) berkomunikasilah dengan mereka dengan baik.. berikan tips-tips disamping buat soft selling kepada mereka. Gunaka tools Email Marketing Autoresponder. Ianya memang sangat berkesan dalam meningkatkan jualan.


Apabila website dah tinggi trafficnya dan anda dah punya banyak data prospek maka inilah masa anda.. Anda jual lah apa juga produk sekali pun mesti jalan sebab anda dah ada pengikut. anda tawarkanlah apa-apa juga program buat duit, pasti menjadi. Anda ajaklah mereka join program MLM, pasti meletop!.


Pendek kata kalau anda ada senarai perospek yang ramai, jual lah apa saja pun pasti laku.


Ok..itu sahaja FORMULANYA. tanyalah dengan mana-mana IM handalan tanah air. Tanyalah mana-mana Jutawan Internet. Tanyalah mana-mana IM dunia sekalipun... Semua pasti pengaplikasikan Formula Ini.


Saya tidaklah ternama, pun baru juga dalam bidang internet ni..cuma saya menulis apa yang pelajari dan saya aplikasikan.. Saya ikut resepi orang yang dah hasilkan wang dari internet. Sama juga macam resepi buat kek lapis.. kalau resepi kek lapis yang saya ikut tentulah hasilkan kek lapis, takkan teiba-tiba hasilkan dodol durian pulak.. ye tak :-)



Ok inilah bahan-bahan dalam resepi yang saya buat..

1. Ada website sendiri

2. Berupaya menarik trafik dan lead dari trafik tersebut.

3. Email Campaign dengan Autoresponder.


HASILNYA - Perniagaan autopilot dan bebas MASA & WANG!

ok.. jumpa lagi..

Sunday, June 27, 2010

Twitter - Microblogging berkuasa untuk menarik traffic ke website buat duit anda!

Hai.. Salam 1Malaysia..

Lama juga saya tak menulis disebabkan agak sibuk dengan bisnes offline saya (buat tshirt printing), kursus buat website dan juga supporting members.

ok hari ni saya nak cerita sikit tentang Microblogging - Twitter.

Sebelum tu Follow saya di http://twitter.com/jejakjuta

Microblogging telah menjadi salah satu trend yang terbesar dalam rangkaian sosial dan diguna juga sebagai salah satu strategi untuk membuat duit secara online. Twitter adalah salah satunya yang paling banyak digunakan dan menjadi alat pemasaran yang kuat jika digunakan dengan betul.

Ini adalah Kuncinya: Menggunakan Twitter untuk menjana wang online adalah bermaksud menarik traffic website anda dimana disitulah pelawat akan mengambil tindakan untuk membeli atau menyertai program 'buat duit' dan seterusnya menjana wang ke poket anda. Micro blogging memberi anda peluang untuk menyasarkan audiens anda dan membina hubungan rapat, secara tak langsung memberi implikasi kepada laverage yang sangat besar.

Salah satu trik yang paling efektif untuk menggunakan Twitter untuk membuat wang online adalah dengan menggunakan Twitter untuk mendorong orang untuk artikel yang anda sudah diposting di blog anda (s). Blog adalah sangat dinamik dan membolehkan anda untuk terus menambah kandungan baru dan relevan secara per jam, harian, atau mingguan. Ini membuat anda sentiasa update dan membolehkan anda membina loyalty visitor dan membuatkan mereka datang dan datang lagi...

Pelawat-pelawat anda yang setia ini akan memperkenalkan kepada rakan-rakannya dek kerana maklumat artikel tersebut berguna dan mereka juga akan fowardkan kepada orang lain lagi dan inilah yang dinamakan viral marketing.

Di sinilah blogging mikro benar-benar bersinar kerana nombor satu hal yang perlu anda ketahui untuk membuat wang online adalah bagaimana mendapatkan orang yang tepat untuk melawat laman anda . Twitter dan laman blogging mikro akan membantu anda untuk mendapatkan trafik lebih pantas dari hampir semua bentuk marketing percuma yang lain.

Berikut adalah cara kerjanya:

Twitter dapat membantu anda menghasilkan trafik dengan dengan cara memberitahu semua pengikut melalui posting yang dibuat. Tip baik ketika melakukan posting ini adalah berbentuk keyataan atau soalan, bukannya arahan. Salah satu contohnya mungkin begini "Adakah anda menjalankan email campaign untuk menukarkan pelawat menjadi pelanggan? "Masukkan link anda di sini".

Ini hanyalah satu daripada banyak cara untuk menggunakan Twitter untuk membuat wang secara online dengan mengarahkan trafik ke blog anda, atau landing page anda, atau laman web perniagaan anda. Gunakanlah kreativiti anda dalam memanafaat microblogging ini dalam mengalihkan trafik ke web buat duit anda..

Follow saya di http://twitter.com/jejakjuta


.
.
.

Sunday, April 4, 2010

Gambaran Bagaimana Website Anda Dipaparkan Di Internet

Konsep Fail Yang Disimpan di PC anda adalah sama Seperti Fail Yang Disimpan Di Server Hosting


Posting kali ini saya nak kongsi dan beri gambaran macamana sesebuah website tu dapat dipaparkan di internet? Macam saya mula-mula berjinak dalam dunia internet dulu, kabur.. tak dapat gambaran pun camaner website tu boleh di paparkan. Harapnya gambarajah saya kat bawah ni dapat menjelaskan la sikit samar-samar anda yang samar tu..he he..


Sebenarnya website adalah fail dalam format (.html) yang disimpan di server internet. Nak lebih jelas istilah website rujuk di post saya sebelum ini. klik disini..


Konsepnya simpanan dan akses fail adalah sama macam fail yang ada di komputer rumah anda. Cuma Bezanya komputer rumah anda hanya diakses oleh anda dan keluarga anda sahaja, takkan jiran anda boleh mengakses komputer anda kecuali dia masuk kerumah anda dan mengaksesnya.


Fail dikomputer anda akan disimpan di hard disk komputer anda manakala fail untuk website akan disimpan di server hosting. Fail di server hosting ini dapat di akses seluruh dunia dengan dengan alamat domain yang di taip pada browser internet.


Saya beri contoh gambaran untuk kedua-dua situasi ini adalah seperti berikut.


Contoh anda buat fail dokumen dengan microsoft office word (format fail .doc) dan setelah siap anda simpannya di folder 'my documet' di hard disk drive C anda..


Keesokannya anda nak print document tersebut untuk mengakses fail tersebut anda akan buka pc anda dan pergi ke folder 'my document' dan klik fail tersebut. lepastu anda pun print. Dalam situasi diatas anda sebenarnya tanpa disedari mengakses fail tersebut melalui alamat c:\User\user\Documents

Cuma di komputer kita lebih bisa mengaksus fail dengan mengklik icon-icon yang disediakan.


Sama konsepnya dengan fail website (.html) yang di simpan di server internet. untuk mengaksesnya anda kena taip http://www.jejakjuta.com/ (sebagai contoh). ini adalah alamat ataupun domain name untuk orang mengakses laman web anda tersebut..


Harapnya konsep diatas jelas ye..


Ok.. untuk anda lebih faham lagi saya gambarkan 3 istilah berkembar yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Fahami betul-betul 3 istilah ini barulah anda akan benar-benar jelas tentang bagaimana sesebuah website boleh terpapar di internet.


Website = KEDAI.
Webhosting = TAPAK KEDAI.

Nama Domain = ALAMAT KEDAI.

WebsiteKEDAI
Dalam website terdapat Text, Audio, Video, Gambar dan sebagainyaDalam kedai terdapat kerusi, meja, lampu, produk untuk dijual dan sebagainya


Web HostingTAPAK KEDAI
Untuk memaparkan website di internet perlu meletakkan fail-fail di ruangan Server Hosting.Untk membina bangunan kedai, kita memerlukan tapak untuk mendirikan struktur bangunan tersebut.


DomainALAMAT KEDAI
Untuk memaparkan website perlu menaip nama spesifik di carian internet.Untuk pergi ke kedai anda, kita perlukan alamat untuk sampai ke lokasi yg betul.


Kalau masih kurang jelas sila rujuk makna istilah tersebut dalam posting saya yang lepas.. Klik Disini.



Proses Untuk Memaparkan Website anda Di Internet.

Ia sangat Muda..Hanya melalui 2 proses sahaja.


Proses 1 - Buat Fail format HTML di Komputer anda.

Proses 2 - Upload Fail Ke Server Hosting dengan Perisian FTP.. klik disini maksud FTP



Ok harapnya post kali ni dapat menberi maklumat tambahan terutama kepada newbie, tentang bagaimana website boleh sipaparkan di internet..


Ok selamat menimba Ilmu dan Wang di Internet..


salam..


.


Saturday, April 3, 2010

Apa Itu Program Affiliate & Jenis Jenis Affiliate

Saya, Haznul, Kolam Mancing dan Program Affiliate?

Salam sahabat semua.. hari nie hari minggu, selalu hari minggu mcm ni saya berada di johor, kalau tak pun bersama sahabat saya haznul di kolam pancing.. tapi minggu nie rasa cam nak lepak rumah dengan kelaurga je la..main gomol-gomol dengan anak2..he he..

Kalau saya kat johor tu kg saya lah, Kalau kat kolam pancing plak melayan hobi dan sambil sambil tu melayan cerita tentang ayam belanda sahabat saya si haznul giant tu. si haznul plak dengan khusyuknyer dengar cerita saya sampai nganga-nganga. Cerita saya biasa la, tentu pasal internet, biz internet dan internet merketing. kami berdua sahabat sekampung dan sepengajian di UM dulu.

Post kali nie nak cerita sikit tentang program affiliate. Biasanya kalau Internet Marketer (IM) handalan malas dah baca topik ni. Ia umpama cerita ambil lesen L, sedangkan IM handalan dah memandu kereta F1. Tapi tak apa, kat mana pun sasaran kita, ia mestilah bermula dari bawah..semua perkara mesti bermula dengan langkah pertama.

Sebelum memahami sesuatu perkara dengan lebih lanjut, saya suka memahami istilahnya dahulu. Sebab tu banyak post-post saya sebelum cerita tentang 'apa itu?'..apa itu internet, apa itu website, apa itu blog, apa itu webhosting dan lain-lain. lepas ini pun saya rasa akan banyak lagi post-post tentang 'apa itu?' yang lain-lain lagi..


Ok.. APAKAH ITU PROGRAM AFFILIATE.

Program affiliate mengikut pemahaman saya adalah - mendaftar sebagai agen jualan untuk sesuatu produk di internet. Sebagai contoh begini, anda mendaftar dengan saya (tuan punya produk) sebagai agen untuk menjual ebook "Panduan Lengkap Buat Website Sendiri".

Kemudian anda promosikan ebook saya tersebut dan saya akan beri anda komisyen setiap ebook yang terjual. Mudah bukan, anda tak perlu susah-susah untuk buat ebook sendiri. Program affiliate ni tak terhad pada produk digital seperti ebook sayaha, malah semua produk boleh diaffiliatekan. Affiliate atau tak affiliate bergantung kepada tuan punya produk sama ada dia nak tawarkan atau tidak.

Seperti yang saya katakan tadi, program affiliate nie umpama macam Lesen L.. Maknanya semua orang yang nak mengambil Lesen Memandu mesti kena ambil Lesen L dulu kan.. sama lah halnya dengan program affiliate ni.. tapi ia bukanlah wajib, cum macam pelik kalau buat xtra income dari internet tapi langsung tak pernah join program affiliate.

Saya rasa semua orang yang buat xtra income di internet bermula dengan program affiliate. Sebab ia Program yang sangat mudah..anda tak perlu pening-pening nak fikir pasal produk, web jualan, penghantaran produk, stok dan sebagainya. anda hanya perlu perkenalkan kepada orang lain dan jika ada pembelian, anda akan dapat bonus.


Bagaimana Sistem Program Affiliate Berfungsi?

1. Anda akan mendaftar sebagai agen dengan Pemilik Produk/website. Komisyen setiap jualan dan syarat-syarat akan dinyatakan dengan khusus.

2. Anda akan dapat 1 link dengan ID unik Anda. Sebagai contoh
www.buatweb-sendiri.com/index.php?id=test. ID 'test' adalah ID unik untuk Agen. Pada link ini terdapat cookie yang menyimpan maklumat anda. cookie adalah seumpama satu fail yang mempunyai maklumat anda yang di attachkan bersama website yang anda telah berdaftar tadi.

Cookie ini akan disimpan pada komputer orang yang mengklik link tersebut. ini bermakna, cookie masih dapat mengesan pembelian dari id anda walaupun pembeli tidak membeli ketika itu juga. cookie akan disimpan walaupun computer telah di shut down. Cookie ni hanya akan hilang apabila pemilik komputer meng'clear'kan cookie tersebut.

(banyak lagi yang saya nak cerita pasal cookie nie..tapi ini post affiliate, saya akan cerita lanjut tentang apa itu cookie pada post akan datang....)

3. Anda Promosikan Link dengan ID unik anda tersebut.

4. Jika Orang lain klik pada link tersebut dan membeli, maka satu laporan akan dihantar pada tuan punya produk menyatakan siapa yang membeli dan dari agen mana yang mempromosi..

5. Bonus akan diberikan berdasarkan syarat dan perjanjian semasa anda mendaftar menjadi ahli sebelum ini..


Berikut saya nyatakan pula beberapa jenis Program Affiliate.

1. Pay-Per-Sale Affiliate Program
Sama seperti yang saya ceritakan sebelum diatas, anda di bayar setiap kali membuat jualan.

2. Recurring Affiliate Program
Anda di bayar secara berkala, dimana anda hanya perlu membuat jualan hanya sekali dan anda menerima bayaran setiap bulan. Kebiasaannya, ini untuk produk yang melanggan seperti majalah dan hosting. Anda akan menerima bayaran selagi orang yang anda promosikan itu melanggan.

3. Pay Per Lead Affiliate Program
Pay per lead biasanya mengkehendaki anda membawa pelawat ke satu page dan pelawat akan memasukkan email mereka untuk mendownload sesuatu yang dapat membantu si pelawat tersebut.

Disini, tujuan penganjur program PPL ni lakukan adalah untuk mengumpul mailing list, yang mempromosikan page itu tadi pula adalah anda dan anda akan dapat komisen daripada setiap emel yang di masukan oleh para pelawat dan si pelawat pula boleh mendapatkan maklumat atau sesuatu yang mereka inginkan.

Dalam keadaan ini, semua orang dalam keadaan win-win situation. Dimana semua orang dapat apa yang mereka inginkan. Sebenarnya konsepnya sama seperti affiliate cuma kali ini kita tak perlu membuat jualan tetapi kita cuma perlu melakukan arahan yang tetapkan.

4. Pay-Per-Click Affiliate Program
Anda di bayar mengikut jumlah klik yang terhasil melalui promosi anda.

5. Pay-Per-Search Affiliate Program
Anda di bayar apabila ada orang mencari (search) di web anda. Ini diibaratkan web anda adalah Search Engine dan anda di bayar setiap kali ada orang search melalui kotak carian ini.

6. Hybrid Programs
Gabungan beberapa program affiliate diatas dan dijadikan satu. Program ini lebih menguntungkan dan amat disukai tetapi mempunyai syarat yang ketat untuk menyertai dan jarang dijumpai.

Daripada 6 jenis affiliate diatas, program affiliate yang biasa ditawarkan kalangan IM tempatan adalah PPS dan PPL, termasuklah saya. saya tawarkan PPS kepada anda. Daftar di www.buatweb-sendiri.com/member/. saya berikan komisyen RM20 setiap jualan.

ok kita berjumpa lagi di post-post akan datang..

selamat berhujung minggu...
.
.
.

Wednesday, March 31, 2010

Apakah itu Sistem Autoresponder

Apakah Maksud Sistem Autoresponder.

Autoresponder adalah satu alat yang digunakan untuk mengambil data dari pelawat seperti nama, email nombor telefon dan sebagainya. Ia dapat mengumpul data pelawat dengan tidak terhad banyaknya dan boleh diasingkan mengikut segmen-segmen di ingini. Sebagai contoh jika anda ada 5 website yang menjual produk berbeza, maka kita dapat segmenkannya mengikut website kita tersebut.

Lebih dari itu, autoresponder merupakan satu sistem untuk mengurus segala aktiviti follow up melalui penghantaran email secara automatik kepada data pelanggan yang diambil tadi. Kita dapat menghantar maklumat atau kempen promosi kepada senarai nama pelawat & pelanggan tadi.

Sistem autoresponder turut digunakan untuk mengurus dan menyimpan rekod pelanggan seperti nama pelanggan, alamat email, no.telefon dan sebagainya mengikut kumpulan kempen pemasaran yang ditetapkan oleh pemilik sistem.

Sebagai contoh jika anda ingin membina 2 kumpulan kempen pemasaran iaitu satunya adalah untuk mendapatkan senarai prospek produk kesihatan dan satu lagi adalah untuk senarai prospek produk pakaian, maka dengan mudah sistem autoresponder dapat melaksanakannya.

Terdapat 2 sistem aplikasi autoresponder

1. Sistem autoresponder berbentuk script yang di konfigurasikan bersama dengan database MySQL di cpanel hosting anda. sistem ini agak sukar untuk di aplikasi kerana Script dan setting perlu anda buat sendiri dan ia memerlukan pengetahuan berkaitan database sql, phpadmin dan cpanel. Namun demikian, sistem ini adalah sistem autoresponder percuma. semua data akan disimpan pada databse di hosting anda.

2. Sistem atoresponder yang disediakan oleh pihak ketiga iaitu penyedia perkhidmatan autoresponder. sistem ini biasanya mempunyai pelbagai fungsi tambahan bergantung kepada penyedia perkhidmatan. ia tidak memerlukan setting pada cpanel kerana aplikasi dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan. data-data juga diletakkan pada server penyedia perkhidmatan.

Ramai usahawan di internet lebih sukakan sistem ini walaupun ia berbayar kerana ia menawarkan pelbagai fungsi dan yang lebih utama tak perlu buat sistem databse, mysql dan c panel. untuk sistem databe tersebut ia memang memerlukan pengetahuan scripting yang tinggi.
selain itu kebarangkalian untuk sistem gagal berfungsi serta email dilabel sebagai spam adalah terlalu rendah berbanding berbanding dengan sistem database di c panel.

Saya setakat ini dah gunakan kedua-dua sistem autoresponder tersebut tetapi sistem berbayar oleh penyedia perkhidmatan autoresponder adalah jauh lebih baik dari segi fungsinya dan yang paling penting email anda tidak dilabel sebagai spam. Melakukan spamming adalah satu kesalahan di internet.

Saya menggunakan sistem autoresponder TrafficWave dan anda boleh cuba PERCUMA selama 30 hari. Anda boleh explore setiap satu fungsinya dan teruns menggunakannya PERCUMA selama 30 hari. Sila Klik disini...

Penggunaan secara efektif sistem aotoresponder dan bagaimana rahsia menjadikan prospek anda menjadi pelanggan ada dalam bab 3 ebook saya 'Panduan Lengkap Buat Website Sendiri' yang boleh didapati di http://www.buatweb-sendiri.com/. Ia sangat Berbaloi-Baloi-Baloi untuk dimiliki.

.
.
.
.
.

Monday, March 22, 2010

Apakah Maksud FTP - File Transfer Protokol

FTP atau File Transfer Protokol adalah satu kaedah pemindahan fail sama ada dari computer client (contoh PC anda) ke computer server atau sebaliknya, untuk dipaparkan di internet. Ia menggunakan protocol TCP/IP yang mana protocol ini berfungsi menghubungkan antara dua computer secara langsung.

TCP maksudnya Transfer Control Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana data dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain.
IP bermaksud Internet Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana sesuatu komputer itu menyertai jaringan komputer dan dapat dikenali oleh komputer lain yang berada dalam jaringan tersebut.

Secara mudahnya TCP dan IP ibarat Posmen,Surat dan Alamat Rumah. Setiap surat perlu ada nama penerima dan alamatnya(Nama Domain). Posmen(IP) akan membawa surat melalui apa jua laluan(TCP) asalkan dapat sampai kepada penerimanya(Domain). Jika penerima tidak wujud, posmen akan pulangkan semula surat kepada penghantar atau pejabat pos(Server Hosting) asalnya.

Untuk melakukan pemindahan ini, perisian diperlukan bagi melaksanakannya. Pada masa kini terdapat banyak perisian yang menyokong FTP boleh digunakan. Antara yang popular adalah FileZila, CoreFTP, SmartFTP, AceFTP dan banyak lagi.

Saya biasa menggunakan perisian FileZila untuk upload file ke hosting kerana ianya mudah dan software ini percuma.

Kalau anda belum ada software ini dan nak download..sila klik di link dibawah.
http://www.jejakjuta.com/downloadpage.htm

Install software ini dalam computer anda dan sedia untuk lakukan FTP.

Kalau anda tak tahu nak lakukan FTP, saya ada terangkan dalam ebook saya dalam BAB 2.

Saya berikan ebook ini percuma tapi untuk masa terhad je tau.. nie adalah promo pra pelancaran..

Cepat Download ebook saya 'Manual Lengkap Buat Website Sendiri' Sebelum ianya DIJUAL!
Download di http://www.jejakjuta.com/

Tuesday, March 2, 2010

Naikkan Rangking Website Di Search Engine

Bagaimana Optimisasikan Website Anda di Enjin Carian.

Seperti yang selalu diperkata oleh Internet Marketer handalan, perkara yang paling penting dalam perniagaan internet ialah kebolehcapaian website anda oleh pengguna. Semakin mudah website anda dicapai semakin banyak juga lah trafik pada website anda.

Lazimnya apabila pengguna internet ingin mencari sesuatu maklumat atau produk di internet, laman web pertama yang akan dibuka adalah enjin carian seperti goggle, yahoo dan sebagainya. Pengguna akan search dan website mempunyai maklumat berkaitan akan dipaparkan mengikut rangking pertama hinggalah berjuta-juta banyaknya. Dan pengguna lazimnya akan klik pada rangking 10 (page pertama result) atau mereka rajin akan ke page kedua dan ketiga. Page-page yang berikutnya jarang sekali dibuka apatah lagi page yang ke 100 dan seterusnya.

Persoalanya apakah kreteria untuk sebuah website menduduki ranking teratas enjin carian.

Terdapat 3 faktor utama yang dikenal pasti:-
1. Jumlah Traffik.
2. Ketepatan keyword.
3. Keyword density.

Terdapat teknik tertentu untuk menaikkan ranking website dan ia dikenali sebagai Teknik SEO (Search Engine Optimization). Teknik ini pula terbahagi kepada 2 iaitu
1. On-page Optimization
2. Off-page Optimization.

Mengaplikasikan teknik SEO ini adalah menjadi keutamaan kepada semua usahawan internet kerana kita akan dapat trafik secara percuma. Ia adalah promosi paling hebat. Bayangkan anda mendapat trafik yang tinggi setiap hari tanpa membayar sesen pun. Anda hanya perlu menunggu tempahan hasil daripada promosi enjin pencari. Setiap laman web yang dibina boleh dioptimisasi agar dapat dipaparkan di kedudukan top 10 enjin pencari.

Teknik SEO ini terdapat dalam ebook saya Panduan Lengkap Buat Website Sendiri dalam bab 4. Panduan mengaplikasikan teknik SEO dalam ebook saya ini sangat mudah untuk difahami berserta dengan ilustrasi grafik. Saya bukanlah pakar dalam bidang SEO kerana terlalu banyak ilmu yang berkaitan seo ini. walau bagaimanapun, teknik dalam ebook saya ini adalah teknik wajib seo yang perlu anda tahu dan setelah diaplikasi dengan betul hasilnya pasti anda akan nampak. saya telah melakukannya dan website baru saya dapat di index oleh google dalam masa 4 hari sahaja.. selamat berSEO..

Saturday, February 20, 2010

Apa Itu Intenet

Nie nak cerita sikit pasal internet. hampir setiap hari melayari internet..kadang rasa bersyukur sangat ada internet ni sbb banyak urusan dah di permudah dgn internet. sambil2 tu boleh berhibur lagi tu.. tapi kalau anak kita tanya.."abah internet tu apa?.. hah apa nak jawab..
Jom kita tambah2 ilmu dan beberapa fakta berkenaan internet..

Apa itu internet?
Internet adalah gabungan rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia. Ia merupakan rangkaian terbesar didunia dan saiznya masih lagi berkembang. Bagaimanapun komputer-komputer yang dimaksudkan tadi cuma merupakan sebahagian sahaja dari takrifan konsep Internet, kerana apabila kita memperkatakan tentang Internet kita maksudkan juga kandungannya yang meliputi maklumat, masyarakatnya dan juga perisian yang digunakan.

Bagaimana Internet Bermula?
Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka mahukan satu rangkaian komputer strategik tentera dimana komputer-komputer utama yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung diantara satu sama lain walaupun sebahagian dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal yang dinamakan ARPAnet ini menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of Utah dimana keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'), iaitu tanpa ada penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian ini kemudian berkembang dengan banyak lagi universiti lain turut berhubung. Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila Yayasan Sains Kebangsaan Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan protokol yang sama dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan.

Siapa yang mengawal Internet ?
Tiada siapa atau badan tertinggi yang bertugas menjaga operasi harian Internet. Setiap rangkaian yang berhubung dengan Internet hendaklah ditadbirkan sendiri oleh pentadbir rangkaian tempatan mengikut etika dan nilai masing-masing. Peraturan-peraturan atau penunjuk dibuat secara konsenses dimana mereka yang mempunyai buah fikiran menghantar idenya kepada badan yang mengumpul 'request for comment ' yang kemudian mendapat maklum balas dari individu atau kumpulan lain sehingga menjadi piawai. Walaupun ketiadaan penguasa pusat beberapa pertubuhan yang dinamakan Kumpulan Teknikal Internet yang cuba mengadakan struktur asas Internet tanpa mengenakan banyak kawalan. Antara badan-badan terlibat ialah IETF ('Internet Engineering Task Force') menyelaras operasi, pengurusan dan evolusi Internet. IRTF ('Internet Research Task Force') mengkaji masalah jangka panjang dan isu teknikal yang mungkin akan dihadapi dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun. Badan utama dalam mengawasi IETF dn IRTF ialah IAB (Internet Architecture Board) yang antara lain mengkaji piawai Internet, mengurus penerbitan dokumen 'Request for Comment (RFC)' dan juga bertindak sebagai wakil masyarakat Internet di peringkat teknikal antarabangsa. Sebuah lagi badan sukarela yang memayongi badan-badan ini ialah 'Internet Society'.

So lepas ni kalau anak kita atau sesiapa je tanya Apa Itu Internet, harapnya kita dapat la memberi jawapan yang lebih ilmiah..

moga jumpa lagi...

selamat berhujung minggu..

Wednesday, February 17, 2010

Kini Semua Orang Perlu Memiliki Website dan Blog

Persoalannya kenapa?

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, website dan blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.

Melihat kepada fungsi website dan blog, ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia merupakan teknologi di Internet yang begitu canggih sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog dan sendiri.

Dengan menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut. Ia merupakan cara untuk anda expresi diri, perasaan, ideologi dan secara tak langsung membina kredibiliti dan melahirkan potensi diri dari dalam.

Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda dapat dilihat oleh berjuta-juta pengguna internet yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

Blog adalah satu 'tools' yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke website perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya..

Terdapat 2 cara iaitu membina blog atas platform percuma sepert wordpress.com dan blogspot.com. sebagai contoh jika anda ingin membuat blog atas platform percuma, anda hanya perlu ke laman web penyedia perkhidmatan tersebut dan daftar sebagai ahli. Contoh blog saya yang anda lihat sekarang ini adalah percuma dari platform google.
Tedapat kelemahan dari menggunakan platform percuma kerana isikandungannya bleh jadi di hack ataupun penyedia perkhidmatan(google) boleh saja memadamkannya mengikut sebab2 yang dirasakan perlu.

Untuk blog saya ini, saya tak kisah kalau tiba2 ianya hilang sebab ia bagi tujuan sharing.. kalau untuk tujuan bisnes saya gunakan platform berbayar. Platform berbayar ni maksudnya kita buat blog/website dan upload di hosting berbayar dengan domain name yang kita pilih sendiri.

Mulai dari sekarang anda bolehlah fikir-fikirkan topik apa yang paling sesuai dengan pengetahuan dan minat anda untuk ditulis di blog nanti.

Anda boleh bermula dengan platform percuma seperti saya di www.blogger.com.

Tuesday, February 16, 2010

Apa itu Website, Web Hosting dan Domain

Sebelum kita tahu membuat website atau blog, kita mesti tahu beberapa istilah penting. sebelum nie saya dah bagitau beza antara website dan blog..kali ni jom kita tengok makna apakah dia Web Hosting dan Domain..


Apa itu Website?

Website adalah halaman sepertimana yang anda sedang lihat sekarang di komputer anda. ia adalah satu fail dokumen yang mengandungi 1 atau lebih elemen iaitu text, gambar, audio, video, animasi dan sebagainya. Format fail untuk website adalah HTM, HTML, PHP, ASP dan sebagainya.

Untuk membuat fail HTML ini di kita menggunakan perisian seperti Microsoft Frontpage, Adobe Firework, NVU dan sebagainya.


Web Hosting
Web Hosting adalah ruangan yang berada di server internet yang menempatkan website, blog, multimedia, atau apa saja yang kita lihat di internet. Ianya disimpan dalam bentuk fail atau data. Apabila kita ingin memaparkan website atau blog maka kita perlu menyimpan fail/data kita tersebut di server internet atau hosting.

Konsep internet sebenarnya sama macam konsep fail yang disimpan dalam PC kita. Cuma internet adalah capaian global manakala pc kita hanya kita atau beberapa oang lain saja yang mengaksesnya. Fail-fail di internet disimpan di server manakala PC di dimpan di dalam hard disk.

Untuk membolehkan website kita dipaparkan di internet, kita kena sewa ruangan tersebut oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting dan memuat naik fail2 terlibat.

Domain.
Domain adalah alamat untuk pelayar internet menjumpai website anda. ia seperti juga alamat rumah, kalau anda bina rumah di tempat yang tidak bealamat..macam mana orang nak pergi rumah anda? Sama la juga dengan website anda. Domain website anda adalah berbentuk namaanda.com. katakan nama anda, atau alamat yang anda suka adalah 'jejakjuta' makan alamat website anda akan menjadi http://www.jejakjuta.com/

Untuk memiliki nama domain sendiri, anda perlu meyewa ruang dengan dengan syarikat penyedia perkhidmatan hosting kalau dalam negara seperti bluehyppo dll, kalau luar negara hostmonster, Global domain international (GDI) dll.

Saya cadangkan kepada anda untuk menyewa tapak dengan GDI. disamping menyewa tapak dengan mereka, kita juga boleh mendapat komisyen dengan menjadi affiliate.
untuk mengetahu dengan lebih lanjut, sila ke website saya www.jejakjuta.com

Thursday, February 11, 2010

Pesamaan & Perbezaan Website Dan Blog

Perasan tak..kadang-kadang kawan kita tanya.. "weh Man, ko tau ke apa benda blog tu.. aku tengok berita kat tv malam tadi ada budak hina sultan kat blog".. (ini contoh aje..)
dengan selamba si Man pun jawab; "Ala..blog tu macam batu blok la.."
konon-konon nak buat kelakar, tapi sebenarnya nak cover tak tahu jawab.

Berikut dinyatakan maksud blog dan website berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya..

Website dan Blog adalah fail-fail dokumen yang disimpan di tempat simpanan syarikat penyedia perkhidmatan hosting. Tempat penyimpanan dikenali sebagai server, sama macam hard disk di komputer kita. Cuma kapasiti penyimpanan dan kecekapannya adalah jauh lebih tinggi berbanding hardisk. Kedua-duanya memaparkan pelbagai elemen seperti text, grafik, bunyi, dan video.


Apa itu Blog?

Blog adalah singkatan kepada kepada Web-Log. Log pada dasarnya bermaksud catatan berfrekuensi tertentu seperti sekali setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan sebagainya. Mengambil dari maksud istilah ini, dapat difahami bahawa blog merupakan web yang mempunyai catatan yang di kemaskini dalam sela masa tertentu. Blog umpama juga diari yang maklumatnya sentiasa di kemaskini untuk menggambarkan keadaan atau situasi semasa yang berlaku.

Rekabentuk blog biasanya ringkas supaya muat naik maklumat pantas. Ia dapat digunakan oleh golongan yang tidak tidak berapa mahir dalam pembinaan web kerana blog sudah siap tersedia dengan template tertentu. pengguna hanya perlu mendaftar dan log masuk untuk meng update maklumat terkini. Aktiviti mengemaskini blog di panggil blogging dan orang yang mengemaskini di panggil blogger.


Apa itu website?

Website terdiri dari 1 atau lebih halaman(page) yang dipaparkan di internet. Kandungan website biasanya statik disebabkan isikandungannya mewakili sesuatu yg jarang berubah. Sebagai contoh maklumat sesuatu syarikat atau maklumat model sesuatu produk tidak berubah.

Website biasanya memerlukan orang yang arif dalam bidang tersebut kerana ia diintegrasikan dengan fungsi penyimpanan data, sistem tertentu seperti menerima bayaran, dan sebagainya. Rekabentuk website pun biasanya lebih 'advance' dan teraktif bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin tonjolkan oleh pemiliknya.

Namun demikian dengan kemajuan dan inovasi perisian masakini, website dan blog sudah semakin susah untuk dibezakan. kita dapat lihat ada website yang dapat berfungsi seperti blog iaitu mudah diupdate begitu juga sebaliknya..

Apa yang dapat difahami bahawa Website dan Blog adalah medium penyebaran maklumat tidak kira untuk perniagaan atau selainnya.


Lawat http://www.jejakjuta.com/