Wednesday, March 2, 2011

Macam Mana Nak Buat Website Sendiri?

Ya, Ini memang soalan favorite, macam mana nak buat website sendiri?

Ok untuk buat website sendiri, ia perlukan beberapa peralatan, dan juga perkara yang perlu.

Peralatan yang diperlukan ialah:

  1. Perisian HTML editor - Iaitu perisian untuk membuat website.
  2. Perisian Untuk FTP - Fail Transfer Protocol. Ia digunakan untuk hantar fail .html yang kita dah buat ke server internet.
  3. Beli domain & Sewa tapak hosting. - Untuk letakkan fail html yang dah dibuat dengan perisian html editor. Untuk letakkan fail html ini kita gunakan perisian FTP.
3 langkah saja nak buat website dan publish di internet.

Download ebook ini untuk panduan sepenuhnya dengan lengkap dan ianya PERCUMA!




DOWNLOAD DISINI

Sunday, January 23, 2011

Web hosting Percuma Terbaik

Free Website Hosting

Jika anda tercari-cari penyedia perkhidmatan hosting PERCUMA terbaik, disini saya cadangkan anda gunakan 000webhost.com. Anda biasa terdengar jika gunakan perkhidmatan hosting percuma, penyedia perkhidmatan hosting tersebut akan meletakkan iklan pada web anda. Satu lagi perkara yang tak menarik adalah url yang panjang. Ya, biasanya memang begitu, tapi tidak di 000webhost.com. Sebab itulah saya katakan ia adalah terbaik.

Saya sendiri telah menggunakan perkhidmatan ini dan memang tiada iklan yang diletakkan pada page kita. Anda juga ada pilihan untuk tidak menggunakan domain name yang diberikan percuma. Ini bermakna, anda boleh beli domain dari mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan domain dari serendah 6.99usd setahun hinggalah 19.95usd setahun. Anda boleh beli nama domain dengan murah di namedeal.com. Kemudian anda boleh add on pada hosting 000webhost.com ini.

Ia adalah langkah paling bijak sebab anda dah jimat wang dimana anda hanya perlu keluarkan modal untuk domain sahaja, takperlu sewa tapak hosting.

Tapi ini sesuai untuk anda yang baru nak mencuba-cuba untuk buat website/blog dan uploadkan ke tapak hosting.

Kalau anda ada banyak data atau maklumat-maklumat penting saya cadangkan anda sewalah hosting yang berbayar.

Bagi seorang newbie, perkhidmatan hosting percuma 000webhost.com ini adalah sangat baik dengan space 1.5GB dan bandwidth 100GB/month ia adalah yang terbaik, malah ada sesetengah penyedia webhosting meletakkan harga RM150 setahun untuk kapasiti seperti itu.

Jadi jangan tunggu.. sign up je terus..

selamat mencuba...

Free Website Hosting

Sunday, December 19, 2010

Tujuan dan Strategi Membina Website

1. TUJUAN MEMBINA WEBSITE.


· Memperkenalkan diri, syarikat, perniagaan atau organisasi.

· Meningkatkan Imej & Kredibiliti.

· Penjenamaan.

· Meningkatkan Jualan.

· Medium komunikasi .

· Promosi produk dan perkhidmatan.

· Mengekalkan pelanggan – khidmat lepas jualan, manual produk, dll.

· Medium PEMASARAN.

· Meningkatkan produktiviti – system database dan inventori.


2. STRATEGI MEMBINA WEBSITE.

· Beri maklumat tepat dan lengkap.

· Grafik cantik dan berkonsep – untuk branding.

· Mudah difahami – link tersusun, cara pembayaran, cara belian, cara pendaftaran dll.

· Cepat loading – Grafik di optimasi.

· Navigasi tersusun.

· Elakkan iklan atau link sampah.

· Elakkan Halaman yatim piatu - halaman yang tiada link untuk ke page utama atau page lain.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak



Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang dan nikmat hinggalah ke bulan yang penuh rahmat dan kemuliaan ini.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada sahabat-sahabat semua selamat menjalani ibadah puasa di Ramadan Al Mubarak ini..

Semoga ramadan ini lebih baik dari segi pengisiannya berbanding sebelum-sebelumnya.

SELAMAT BERAMAL, MENIMBA ILMU, MENINGKAT PRODUKTIVITI DAN EKONOMI!

Thursday, July 8, 2010

Formula Penting Bagaimana Nak Hasilkan Wang Dari Website Anda

Salam sejahtera...


Saya nak kongsi kepada anda formula sangat-sangat penting yang pelu ada pada website anda supaya Website Anda MENGHASILKAN WANG


WEBSITE = TRAFIK TINGGI = KUMPUL DATA PROSPEK = EMAIL CAMPAIGN DENGAN SISTEM AUTORESPONDER = $$$$$$ DUIT $$$$$$$


Cuba anda masuk kedalam alexa.com dan lihat website-website yang ramai pengunjungnya. Kenapa website itu ramai pengunjungnya? Satu hari berjuta orang masuk kesitu.


Lihat website yang paling tinggi rankingnya:
1. Google
2. Facebook
3. Yahoo
4. Youtube etc etc


Apakah sifat-sifat website ini yang menyebabkan ramai pelawatnya?


Adakah ianya cantik, penuh grafik, atau flash sana sini? Lihat macam google, simple sahaja. Yahoo pun sama.. Wikipedia pulak lagi la simple..Jika anda perhatikan betul-betul, sebenarnya kesemua website ini mempunyai 2 sifat utama yang menyebabkan web mereka sering dilawati:


1. Pertama PERCUMA
2. Kedua BERGUNA


Jika website anda mempunyai 2 sifat ini, saya yakin dengan sekelip mata website anda akan menjadi tumpuan ramai.


Jadi, perah otak anda untuk memberikan sesuatu yang berguna dan percuma berkaitan dengan produk anda. Contoh jika anda jual peralatan memancing secara online, buatkan satu ebook berkaitan dengan senarai kolam pancing berdekatan dengan kawasan anda. Dengan ini anda akan dapat lebih banyak lead dari trafik yang datang ke web anda..


Setelah anda mengumpul lead (email list) berkomunikasilah dengan mereka dengan baik.. berikan tips-tips disamping buat soft selling kepada mereka. Gunaka tools Email Marketing Autoresponder. Ianya memang sangat berkesan dalam meningkatkan jualan.


Apabila website dah tinggi trafficnya dan anda dah punya banyak data prospek maka inilah masa anda.. Anda jual lah apa juga produk sekali pun mesti jalan sebab anda dah ada pengikut. anda tawarkanlah apa-apa juga program buat duit, pasti menjadi. Anda ajaklah mereka join program MLM, pasti meletop!.


Pendek kata kalau anda ada senarai perospek yang ramai, jual lah apa saja pun pasti laku.


Ok..itu sahaja FORMULANYA. tanyalah dengan mana-mana IM handalan tanah air. Tanyalah mana-mana Jutawan Internet. Tanyalah mana-mana IM dunia sekalipun... Semua pasti pengaplikasikan Formula Ini.


Saya tidaklah ternama, pun baru juga dalam bidang internet ni..cuma saya menulis apa yang pelajari dan saya aplikasikan.. Saya ikut resepi orang yang dah hasilkan wang dari internet. Sama juga macam resepi buat kek lapis.. kalau resepi kek lapis yang saya ikut tentulah hasilkan kek lapis, takkan teiba-tiba hasilkan dodol durian pulak.. ye tak :-)



Ok inilah bahan-bahan dalam resepi yang saya buat..

1. Ada website sendiri

2. Berupaya menarik trafik dan lead dari trafik tersebut.

3. Email Campaign dengan Autoresponder.


HASILNYA - Perniagaan autopilot dan bebas MASA & WANG!

ok.. jumpa lagi..

Sunday, June 27, 2010

Twitter - Microblogging berkuasa untuk menarik traffic ke website buat duit anda!

Hai.. Salam 1Malaysia..

Lama juga saya tak menulis disebabkan agak sibuk dengan bisnes offline saya (buat tshirt printing), kursus buat website dan juga supporting members.

ok hari ni saya nak cerita sikit tentang Microblogging - Twitter.

Sebelum tu Follow saya di http://twitter.com/jejakjuta

Microblogging telah menjadi salah satu trend yang terbesar dalam rangkaian sosial dan diguna juga sebagai salah satu strategi untuk membuat duit secara online. Twitter adalah salah satunya yang paling banyak digunakan dan menjadi alat pemasaran yang kuat jika digunakan dengan betul.

Ini adalah Kuncinya: Menggunakan Twitter untuk menjana wang online adalah bermaksud menarik traffic website anda dimana disitulah pelawat akan mengambil tindakan untuk membeli atau menyertai program 'buat duit' dan seterusnya menjana wang ke poket anda. Micro blogging memberi anda peluang untuk menyasarkan audiens anda dan membina hubungan rapat, secara tak langsung memberi implikasi kepada laverage yang sangat besar.

Salah satu trik yang paling efektif untuk menggunakan Twitter untuk membuat wang online adalah dengan menggunakan Twitter untuk mendorong orang untuk artikel yang anda sudah diposting di blog anda (s). Blog adalah sangat dinamik dan membolehkan anda untuk terus menambah kandungan baru dan relevan secara per jam, harian, atau mingguan. Ini membuat anda sentiasa update dan membolehkan anda membina loyalty visitor dan membuatkan mereka datang dan datang lagi...

Pelawat-pelawat anda yang setia ini akan memperkenalkan kepada rakan-rakannya dek kerana maklumat artikel tersebut berguna dan mereka juga akan fowardkan kepada orang lain lagi dan inilah yang dinamakan viral marketing.

Di sinilah blogging mikro benar-benar bersinar kerana nombor satu hal yang perlu anda ketahui untuk membuat wang online adalah bagaimana mendapatkan orang yang tepat untuk melawat laman anda . Twitter dan laman blogging mikro akan membantu anda untuk mendapatkan trafik lebih pantas dari hampir semua bentuk marketing percuma yang lain.

Berikut adalah cara kerjanya:

Twitter dapat membantu anda menghasilkan trafik dengan dengan cara memberitahu semua pengikut melalui posting yang dibuat. Tip baik ketika melakukan posting ini adalah berbentuk keyataan atau soalan, bukannya arahan. Salah satu contohnya mungkin begini "Adakah anda menjalankan email campaign untuk menukarkan pelawat menjadi pelanggan? "Masukkan link anda di sini".

Ini hanyalah satu daripada banyak cara untuk menggunakan Twitter untuk membuat wang secara online dengan mengarahkan trafik ke blog anda, atau landing page anda, atau laman web perniagaan anda. Gunakanlah kreativiti anda dalam memanafaat microblogging ini dalam mengalihkan trafik ke web buat duit anda..

Follow saya di http://twitter.com/jejakjuta


.
.
.

Sunday, April 4, 2010

Gambaran Bagaimana Website Anda Dipaparkan Di Internet

Konsep Fail Yang Disimpan di PC anda adalah sama Seperti Fail Yang Disimpan Di Server Hosting


Posting kali ini saya nak kongsi dan beri gambaran macamana sesebuah website tu dapat dipaparkan di internet? Macam saya mula-mula berjinak dalam dunia internet dulu, kabur.. tak dapat gambaran pun camaner website tu boleh di paparkan. Harapnya gambarajah saya kat bawah ni dapat menjelaskan la sikit samar-samar anda yang samar tu..he he..


Sebenarnya website adalah fail dalam format (.html) yang disimpan di server internet. Nak lebih jelas istilah website rujuk di post saya sebelum ini. klik disini..


Konsepnya simpanan dan akses fail adalah sama macam fail yang ada di komputer rumah anda. Cuma Bezanya komputer rumah anda hanya diakses oleh anda dan keluarga anda sahaja, takkan jiran anda boleh mengakses komputer anda kecuali dia masuk kerumah anda dan mengaksesnya.


Fail dikomputer anda akan disimpan di hard disk komputer anda manakala fail untuk website akan disimpan di server hosting. Fail di server hosting ini dapat di akses seluruh dunia dengan dengan alamat domain yang di taip pada browser internet.


Saya beri contoh gambaran untuk kedua-dua situasi ini adalah seperti berikut.


Contoh anda buat fail dokumen dengan microsoft office word (format fail .doc) dan setelah siap anda simpannya di folder 'my documet' di hard disk drive C anda..


Keesokannya anda nak print document tersebut untuk mengakses fail tersebut anda akan buka pc anda dan pergi ke folder 'my document' dan klik fail tersebut. lepastu anda pun print. Dalam situasi diatas anda sebenarnya tanpa disedari mengakses fail tersebut melalui alamat c:\User\user\Documents

Cuma di komputer kita lebih bisa mengaksus fail dengan mengklik icon-icon yang disediakan.


Sama konsepnya dengan fail website (.html) yang di simpan di server internet. untuk mengaksesnya anda kena taip http://www.jejakjuta.com/ (sebagai contoh). ini adalah alamat ataupun domain name untuk orang mengakses laman web anda tersebut..


Harapnya konsep diatas jelas ye..


Ok.. untuk anda lebih faham lagi saya gambarkan 3 istilah berkembar yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Fahami betul-betul 3 istilah ini barulah anda akan benar-benar jelas tentang bagaimana sesebuah website boleh terpapar di internet.


Website = KEDAI.
Webhosting = TAPAK KEDAI.

Nama Domain = ALAMAT KEDAI.

WebsiteKEDAI
Dalam website terdapat Text, Audio, Video, Gambar dan sebagainyaDalam kedai terdapat kerusi, meja, lampu, produk untuk dijual dan sebagainya


Web HostingTAPAK KEDAI
Untuk memaparkan website di internet perlu meletakkan fail-fail di ruangan Server Hosting.Untk membina bangunan kedai, kita memerlukan tapak untuk mendirikan struktur bangunan tersebut.


DomainALAMAT KEDAI
Untuk memaparkan website perlu menaip nama spesifik di carian internet.Untuk pergi ke kedai anda, kita perlukan alamat untuk sampai ke lokasi yg betul.


Kalau masih kurang jelas sila rujuk makna istilah tersebut dalam posting saya yang lepas.. Klik Disini.



Proses Untuk Memaparkan Website anda Di Internet.

Ia sangat Muda..Hanya melalui 2 proses sahaja.


Proses 1 - Buat Fail format HTML di Komputer anda.

Proses 2 - Upload Fail Ke Server Hosting dengan Perisian FTP.. klik disini maksud FTP



Ok harapnya post kali ni dapat menberi maklumat tambahan terutama kepada newbie, tentang bagaimana website boleh sipaparkan di internet..


Ok selamat menimba Ilmu dan Wang di Internet..


salam..


.