Thursday, February 11, 2010

Pesamaan & Perbezaan Website Dan Blog

Perasan tak..kadang-kadang kawan kita tanya.. "weh Man, ko tau ke apa benda blog tu.. aku tengok berita kat tv malam tadi ada budak hina sultan kat blog".. (ini contoh aje..)
dengan selamba si Man pun jawab; "Ala..blog tu macam batu blok la.."
konon-konon nak buat kelakar, tapi sebenarnya nak cover tak tahu jawab.

Berikut dinyatakan maksud blog dan website berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya..

Website dan Blog adalah fail-fail dokumen yang disimpan di tempat simpanan syarikat penyedia perkhidmatan hosting. Tempat penyimpanan dikenali sebagai server, sama macam hard disk di komputer kita. Cuma kapasiti penyimpanan dan kecekapannya adalah jauh lebih tinggi berbanding hardisk. Kedua-duanya memaparkan pelbagai elemen seperti text, grafik, bunyi, dan video.


Apa itu Blog?

Blog adalah singkatan kepada kepada Web-Log. Log pada dasarnya bermaksud catatan berfrekuensi tertentu seperti sekali setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan sebagainya. Mengambil dari maksud istilah ini, dapat difahami bahawa blog merupakan web yang mempunyai catatan yang di kemaskini dalam sela masa tertentu. Blog umpama juga diari yang maklumatnya sentiasa di kemaskini untuk menggambarkan keadaan atau situasi semasa yang berlaku.

Rekabentuk blog biasanya ringkas supaya muat naik maklumat pantas. Ia dapat digunakan oleh golongan yang tidak tidak berapa mahir dalam pembinaan web kerana blog sudah siap tersedia dengan template tertentu. pengguna hanya perlu mendaftar dan log masuk untuk meng update maklumat terkini. Aktiviti mengemaskini blog di panggil blogging dan orang yang mengemaskini di panggil blogger.


Apa itu website?

Website terdiri dari 1 atau lebih halaman(page) yang dipaparkan di internet. Kandungan website biasanya statik disebabkan isikandungannya mewakili sesuatu yg jarang berubah. Sebagai contoh maklumat sesuatu syarikat atau maklumat model sesuatu produk tidak berubah.

Website biasanya memerlukan orang yang arif dalam bidang tersebut kerana ia diintegrasikan dengan fungsi penyimpanan data, sistem tertentu seperti menerima bayaran, dan sebagainya. Rekabentuk website pun biasanya lebih 'advance' dan teraktif bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin tonjolkan oleh pemiliknya.

Namun demikian dengan kemajuan dan inovasi perisian masakini, website dan blog sudah semakin susah untuk dibezakan. kita dapat lihat ada website yang dapat berfungsi seperti blog iaitu mudah diupdate begitu juga sebaliknya..

Apa yang dapat difahami bahawa Website dan Blog adalah medium penyebaran maklumat tidak kira untuk perniagaan atau selainnya.


Lawat http://www.jejakjuta.com/

1 comment: